Jejak Tahun Pertama di UPM

| Isnin, 29 Februari 2016
Assalamualaikum

hai hai hai


Malam ni tetiba rasa nak menaip. Rasa macam nak share tips tapi belum datang idea yang best, so shikin decide share pasal seharian je. Next entri tips pulak. sooooooooooo ~~~

Masih awal awal semester, asignment boleh dikatakan baru nak berputik. haha. Sekarang dah semester 2 dekat UPM, how fast time flowing! Bila ingat balik masa baru masuk dulu, dengan intake kedua dengan lambat 3 hari pada orang lain, hanya Allah ja tahu perasaan tu, sabar sabar dan sabar, alhamdulillah semester 2 semakin baik dan boleh adapt suasana kat sini. Syukurrr.

Hampir 4 tahun peristiwa tu, tapi seriusly masih takleh lupa, orang yang paling kita sayang pergi, perasaan dia bila terjaga pagi ja kita teringat dan terbayang yang dia masih ada. Manis ja senyum dia. Tapi tu sebenarnya yang buat diri ni lagi tabah dan kuat. Abah dan famili yang paling kuat support even abah pun masih teringat hal yang sama. Allah know better.

Masuk semester 2 ni nak cuba yang terbaik sebab result sem 1 hanya sekadar lulus. Agak cliche kan ayat tu tapi tu la hakikatnya. Semua orang nak yang terbaik dalam life. Alhamdulillah subjek sem ni nampaknya macam dah boleh bawak, maybe start dari awal kan, berbanding sem 1 dulu masuk first week terus ada test, imagine laaaaa. stress sampai nangis laaa. Pahit pada mulanya inshaAllah manis di hujungnyaaa.

Just nak share list subjek untuk sem ni:
  1. Probability and statistics 1
  2. Advanced calculus
  3. Hubungan etnik
  4. Academic interaction & presentation
  5. Keusahawanan
  6. Kokurikulum
Sem ni yg menariknya, pensyarah dari Bangladesh mengajar subjek calculus, dah 2 kelas setakat ni faham la apa yg diajar, before dengar senior cakap tak paham langsung, entah la depends on individu la cara nak terima sesuatu pelajaran tu. Tapi serius talk cara dia ajar memang berbeza dari lecturer tempatan. hehe. kadang-kadang dia cakap melayu, tu yang nampak cute tu. Subjek yang lain semua pensyarah tempatan la, still best dan sporting. Tak boring la kelas tu. Untuk kokurikulum pulak, Shikin just daftar untuk batik canting, actually tak berapa aktif sangat sukan, lebih kepada indoor. Actually memang minat nak join dari dulu lagi tapi tak berpeluang and ramai yg cakap batik canting best !

Untuk kos yg shikin ambik ni, nampaknya im the only one lepasan diploma, yg lain asasi, matriks dan stpm, never mind, ramai cakap tak nampak macam diploma, yeahh. hahaha, luaran tak penting, yg penting attitude kena macam lepasan diploma, hehe. Memang sejak azali kecik kot. dari sekolah rendah, menengah, diploma then degree masih jugak kecik. Its ok alhamdulillah, im happy.

Cuma nak yang terbaik time degree ni, lebih baik dari zaman diploma dulu. just make it 
better. 
Hehe, inshaAllah,


Sem 1 sempat la kenal seorang kenalan dari Brunei Darussalam. She student exchange program, so 1 sem je kat Malaysia. Really happy to know her. InshaAllah nak ke Brunei one day, my wishlist. XOXO

first day ke kuliah dengan adik Ayu yang memang ayu. 

simple je ke kelas. kekadang belemoih (comot) jugak.
Anyone or blogger studying in UPM, lets make friends!

Babai !


Terima kasih sebab singgah dan baca entri ni!

edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama
Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AWESOME BLOGGER

MY PAGE VIEWS

Search

Blog Archive

Labels

Allah Muhammad

BLOGLIST

Menu Tab


Daisypath Graduation tickers



MIOW MIOW

Jangan lupa tinggalkan jejak korang di shoutbox!

Popular Posts

Pages

Follow on Facebook

© Design 1/2 a px. · 2015 · Pattern Template by Simzu · © Content Shikin Shamsudin