Sabtu, 21 Disember 2013

Coretan Dari Hati


UPDATE BLOG: ISNIN, 21 OKTOBER 2013, 10:33 PM
Malam ni tengah belek gambar-gambar dalam laptop, abang call bagitahu jiran sebelah rumah tenat kat hospital Selama, menghidap kencing manis[AS1] . Niat memang nak ziarah tapi waktu tu dah malam, memang tak boleh masuk la sebab bukan waktu melawat. Harap dia cepat sembuh. InsyaAllah.Lepas tu tengok plak Astro Oasis, ada ceramah daripada Ustaz Kazim Elias, ustaz cakap bagaimana kita nak menghadapi kesedihan akibat kematian. Ustaz cakap kita anggap je insan-insan yg dah meninggalkan dunia sebelum kita tu pulang kampung awal dari kita dan kita pula akan menyusul di belakang, cepat atau lambat sahaja yg membezakannya.Terasa lapang dada sikit bila dengar kata-kata dari Ustaz.Terima kasih Ustaz ! J
Bila kita tak dapat menerima kenyataan dan tak dapat handle kesedihan tu umpama kita tidak dapat menerima qada’ dan qadar Allah swt. Ya, memang. Siapa tak sedih bukan bila orang yg paling kita sayang pulang dahulu mengadap Ilahi namun kesedihan itu perlu ada batas dan tidak keterlaluan kerana hidup kita perlu diteruskan, pahit atau manis terpaksa ditelan.
Hidup atas muka bumi Allah swt ini banyak dugaan & halangannya di samping kita sendiri sebagai hambaNya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Namun, segelintir manusia memandang kekurangan orang lain sebagai hinaan & memandang rendah pada kebolehan orang lain. Ikin sendiri banyak sekali bertemu dengan manusia begini & kadang2 kita sendiri tidak terlepas bersikap begini. Lumrah manusia bukan? Tidak mengapa, tapi sentiasa lah melakukan perubahan ke arah kebaikan dan tidak hanya berada di takuk lama. Ikin sendiri pun masih mencuba berubah ke arah yg lebih baik.
Pengalaman Ikin belajar dari zaman sekolah rendah hingga kini, Emm.. zaman sekolah rendah dah lupa la tapi banyak main-main la, biasa la budak-budak kan. Gelak ,nangis, jerit sana-sini sampai tahap kawan pernah panggil harimau. Hahaha, gelaran paling rare. Masa zaman sekolah rendah, banyak dapat bantuan macam RMT , yg makanan free waktu rehat sampai darjah 6 pastu dapat susu kotak, yg special nya tak semua orang dapat, hanya yg terpilih ja dapat,ramai kawan jeles. Hikss.Masa darjah 6 tu tahun 2006, ada cikgu bi Ikin ni , kelas ikin panggil dia ‘Teacher Kahalijah’ , teacher selalu sangat buat kelas tambahan, boleh kata hari-hari kami ada kelas termasuklah hari Ahad sampai rasa mcm ambik subjek bi ja kat sekolah dan teacher ni adalah cikgu yg paling garang pernah Ikin jumpa masa Ikin sekolah rendah. Kalau salah memang kena rotan la, rotan teacher tu besar batang penyapu tau. Haaa, mula-mula kena memang sakit sgt, jadi tak suka teacher masa tu, gerun je jumpa dia, pastu dah lama-lama kena dah rasa kebas tangan, naik kematu tangan ni haa.Lawakk. Tapi jasa dia jgk la result Upsr Ikin kira berjaya jgk la. Thanks Teacher ! Dan ramai lagi la cikgu yg berjasa pada kami.
Pastu masa zaman sekolah menengah, tak banyak bantuan yg dapat. Cuma dapat biasiswa, tu pun masa form 5 baru dapat padahal apply dari form 1 tak pernah miss k .Rezeki.Alhamdulillah. Waktu form 1, banyak main-main, pernah ponteng kelas sebab masa tu tak pandai pilih kawan untuk bergaul dan mungkin jugak kejutan budaya sampai pernah cikgu Sains tengking dalam bilik guru. Punyalah kuat,sampai bergema bilik guru tu haa, nasib baik ramai dah balik. Hahaha. Yela dari sekolah rendah dah ke sekolah menengah kan. Lepas tu masa form 2 sampai form 3 dah lebih fokus, homework dah buat, tak banyak yg tak buat. Dan masa form 4 & 5 dah banyak progress, selalu masuk aktiviti sekolah, ada la 2-3 orang cikgu puji-puji. Hikss. Kembang kejap masa tu dan membantu diri untuk lebih maju. Alhamdulillah. Ya, results SPM tak lah cemerlang,gemilang & terbilang sgt tapi boleh la nak sambung belajar lagi dan Ikin bersyukur sebab results Ikin lebih kurang sama ja dengan student yg Ikin admire & anggap best student kat sekolah tu.
Sebenarnya masa sekolah dulu , Ikin bukanlah student yg kemas sgt pun. Serabut serabai ja adalah. Haaa, Masa tu tak tau nak berfesyen-fesyen segala. Yg tau cuma t-shirt biasa- biasa ja dgn seluar track suit.Tengok orang lain bergaya sakan pada Ikin. Tak pa. kita layankan ja kan. Hahaha.Yela, lagipun budak sekolah, mana pandai nak bergaya-gaya ni, sekarang je dah pandai sikit, heyyy, sikit je laa. Serebah serabai tetap ada tau. Maklumlah manusia biasa, bak cakap orang omputih, I’m ordinary girl. Wahh, gituuu..
Ni gambar masa form 5 tahun 2011. Sebelah Ikin tu bff Ikin. Comel kan , putih lagii.Masa ni kelas Ikin ada trip ke Menara Alor Setar. Belakang tu la menaranya.
Then, tamatlah zaman persekolahan. Hmm, sedih. Rindu cikgu2 dan suasana sekolah. Sebelum Ikin masuk Upsi, Ikin ada cuba-cuba kerja sambilan. First, keje kedai baju je , jadi cashier sekejap. Sebulan je, dapat gaji pertama terus berenti sebab arwah mak tak bagi lagi keje situ sebab balik lewat. Lepas tu, makan tido kat umah sebulan, pastu pegi keja kat kedai henfon pulak. Dalam 3 bulan keja, banyak pengalaman dapat macam lebih tau function fon berbanding sebelum ni. Lepas tu, sampai surat kat rumah and buat check up online,dapat tawaran Upsi dan matriks. Masa tu dapat matriks kat Gopeng then sampai lagi surat dapat upsi pulak di Tanjung Malim. Rezeki tau dapat 2 pilihan sebab ada jgk member yg result lebih kurang Ikin, tak dapat mana-mana tawaran. So, mohon bersyukur Ikin.Bincang2 dengan family pastu declare sambung kat Upsi je sebab takut tak boleh ikut dekat matriks. Yela matriks kan tempoh belajar nya setahun je. Kena struggle. So, dilihat kemampuan diri ini , maka Upsi menjadi pilihan untuk sambung belajar. Wahh, ngade pulok ayat nye kan.

Sepanjang 3 semester sambung diploma kat Upsi, macam-macam benda dah di hadap. Waktu sem 1 & 2, Ikin akui, banyak sangat main-main sebab mungkin terkejut dah masuk U kan. Hahaha. Masa sem 1, jadi student poyo sikit, yela baru masuk kan. Time tu first kuliah utk first sem kampus kami kampus baru,cari bilik kuliah sambil pegang jadual macam orang sesat dalam hutan,hahaha. Yela tak biasa kan,pastu tempat baru pulak.Lepas tu sem 2, lagi laa main-main, pernah sekali lecturer biodiversity tegur depan kelas, dia cakap cam ni ha “Geng Shikin banyak main, tolong study lebih sikit ya, jgn nak fb2 sgt ya”. Haaa, lebih kurang cam tu la.Geng tu maknanya kawan-kawan Ikin yg rapat masa tu la. Time tu tak tau nak sorok muka kat mana dah. Malu jangan cakap la. Kadang terasa macam, ehh lecturer ni mesti tak suka aku, yela kan aku banyak main, tak serius.Result pun menurun. Tapi tak pe pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik. Yap!. Lepas tu dah masuk sem 3, dah nampak sedikit perubahan ke arah yg lebih baik.Yela mesti ada positive progress kan. Ada jugak la lecturer marah, pernah sekali lecturer tegur depan semua classmates sebab penerangan pasal presentation salah, Dah memang salah, jadi memang mendapatlah.Tapi Cuma tersentap lah kan, tengah-tengah present, lecturer mencelah “ Salah !!’ Masa tu memang malu sebab terfikir kenapa orang lain boleh faham sedangkan diri sendiri tak faham.Dah la kawan-kawan semua tengah tengok grup Ikin present.Rasa marah dengan diri sendiri.Balik rumah nangis2 bila ingat balik.Hahahaha. Macam budak-budak kan.Okay tak pe. Itu nama nya ujian.Dan masa sem3 ni dah kurang sikit main-main nya tapi fb tetap tau tapi dah kurang sikit la. Ehh, yeke. Hikss. Mungkin dah matang sikit kot, dah tua kan. Ehh, cewahh. Siapa lagi nak puji diri kalau bukan diri sendiri. Werrrkk.

Then, untuk semester 4 ni, Ikin akan cuba jadi lebih baik setakat mana yg Ikin mampu.Kan kejayaan itu memerlukan perubahan yg positif. Tak semestinya sekali kita gagal bermakna kita tak boleh bangun dan kejar kejayaan yg kita nak tu. Bila orang hina kita, jangan terus jatuh sebaliknya ambil kata-kata orang tu untuk bakar semangat kita. Memang lah sakit hati kan bila orang cakap negatif pasal kita, tapi sabar je la, nak wat cam ne , kita kan budak baru belajar so  mesti banyak kesalahan yg kita buat sebelum kita dapat graduate nanti.Setakat ni ja coretan sepanjang pengalaman belajar yg belum habis ni, ehh, sebelum tu nak tunjuk gambar yg duk belek-belek dlm laptop tadi. Hiks  *_*

 







Last paper final exam for semester 3.Paper Physical Chemistry. Muka pucat. Tak tido,study tau.Hiks sebab study last minute.Cam ni ha jadi nya.Kat belakang tu classmates dari sem 1 lagi.Semua photogenik macam Ikin.Pantang Nampak kamera.

That’s all. Hiks. Assalamualaikum.







 [AS1]Jiran dah kembali ke rahmatullah pada 22 oktober, Al-Fatihah
Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.