Isnin, 29 Februari 2016

Jejak Tahun Pertama di UPM

Assalamualaikum

hai hai hai


Malam ni tetiba rasa nak menaip. Rasa macam nak share tips tapi belum datang idea yang best, so shikin decide share pasal seharian je. Next entri tips pulak. sooooooooooo ~~~

Masih awal awal semester, asignment boleh dikatakan baru nak berputik. haha. Sekarang dah semester 2 dekat UPM, how fast time flowing! Bila ingat balik masa baru masuk dulu, dengan intake kedua dengan lambat 3 hari pada orang lain, hanya Allah ja tahu perasaan tu, sabar sabar dan sabar, alhamdulillah semester 2 semakin baik dan boleh adapt suasana kat sini. Syukurrr.

Hampir 4 tahun peristiwa tu, tapi seriusly masih takleh lupa, orang yang paling kita sayang pergi, perasaan dia bila terjaga pagi ja kita teringat dan terbayang yang dia masih ada. Manis ja senyum dia. Tapi tu sebenarnya yang buat diri ni lagi tabah dan kuat. Abah dan famili yang paling kuat support even abah pun masih teringat hal yang sama. Allah know better.

Masuk semester 2 ni nak cuba yang terbaik sebab result sem 1 hanya sekadar lulus. Agak cliche kan ayat tu tapi tu la hakikatnya. Semua orang nak yang terbaik dalam life. Alhamdulillah subjek sem ni nampaknya macam dah boleh bawak, maybe start dari awal kan, berbanding sem 1 dulu masuk first week terus ada test, imagine laaaaa. stress sampai nangis laaa. Pahit pada mulanya inshaAllah manis di hujungnyaaa.

Just nak share list subjek untuk sem ni:
  1. Probability and statistics 1
  2. Advanced calculus
  3. Hubungan etnik
  4. Academic interaction & presentation
  5. Keusahawanan
  6. Kokurikulum
Sem ni yg menariknya, pensyarah dari Bangladesh mengajar subjek calculus, dah 2 kelas setakat ni faham la apa yg diajar, before dengar senior cakap tak paham langsung, entah la depends on individu la cara nak terima sesuatu pelajaran tu. Tapi serius talk cara dia ajar memang berbeza dari lecturer tempatan. hehe. kadang-kadang dia cakap melayu, tu yang nampak cute tu. Subjek yang lain semua pensyarah tempatan la, still best dan sporting. Tak boring la kelas tu. Untuk kokurikulum pulak, Shikin just daftar untuk batik canting, actually tak berapa aktif sangat sukan, lebih kepada indoor. Actually memang minat nak join dari dulu lagi tapi tak berpeluang and ramai yg cakap batik canting best !

Untuk kos yg shikin ambik ni, nampaknya im the only one lepasan diploma, yg lain asasi, matriks dan stpm, never mind, ramai cakap tak nampak macam diploma, yeahh. hahaha, luaran tak penting, yg penting attitude kena macam lepasan diploma, hehe. Memang sejak azali kecik kot. dari sekolah rendah, menengah, diploma then degree masih jugak kecik. Its ok alhamdulillah, im happy.

Cuma nak yang terbaik time degree ni, lebih baik dari zaman diploma dulu. just make it 
better. 
Hehe, inshaAllah,


Sem 1 sempat la kenal seorang kenalan dari Brunei Darussalam. She student exchange program, so 1 sem je kat Malaysia. Really happy to know her. InshaAllah nak ke Brunei one day, my wishlist. XOXO

first day ke kuliah dengan adik Ayu yang memang ayu. 

simple je ke kelas. kekadang belemoih (comot) jugak.
Anyone or blogger studying in UPM, lets make friends!

Babai !


Terima kasih sebab singgah dan baca entri ni!

Sabtu, 27 Februari 2016

An Art of Shawl

Hai hai, tajuk entri pun dah tau kan, of kos la about gegirl gituw. Entah la sejak masuk sem 2 ni tetiba jadi rajin nak pakai shawl or selendang padahal sebelum ni punyalah insecure kalau pakai shawl. Asal pakai je rasa senget la muka penyet la, pin tercabut laaa. Hahahaha

Bagi aku nak pakai shawl ni kena tengok jugak material kain tu, ada yang memang senang dibentuk seperti yang kita nak. Better iron la before pakai. Hahaha sebab one of the reason aku tetiba rajin nak ber'shawl' ni adalah kerana malas nak iron tudung betul-betul. Shawl yang selalu aku beli materialnya lembut dan sedikit berat. Sebab shawl yang material kainnya berat ni lagi nampak terletak dan nampak kainnya jatuh elok bila kita pakai. Depends la pada keselesaan si pemakai tu.

Kat sini aku nak share type of shawl yang selalu orang pakai.

1) Cotton
sumber: google


2) Lycra
sumber: google


3) Chiffon

sumber: sendiri


4) Satin
sumber: google


5) Pashmina
sumber: google

7) Instant shawl
sumber: google


Shawl mana yang korang lagi prefer? 

aku pernah cuba chiffon, cotton dan juga instant shawl,


Macam-macam lilitan kalau nak pakai shawl ni. Selalu tengok tutorial then reka ikut kreativiti sendiri jek. sebab selalu aku tengok tutorial ikut step then macam tak jadi. kahkah




Haaaa. ni antara lilitan yang aku favor ala-ala elfira loy. tapi pikir 2-3 kali kalau nak pakai camni, sebab rasa cam gojes sangat. haha. maybe kalau pergi event sesuai rasanya.

Apa yang penting confident bila pakai, bukan perasan cantik tapi yakin dengan diri sendiri, hahaha

That's all. komen ciked korang prefer style yang mcm mana, boleh attach sekali gambar korang yg gojes tu. hihihi 

Bye!

Jumaat, 26 Februari 2016

Segmen : Review Blog and Free Gift By Yanie



Assalamualaikum

 


Hai, another segmen joined even tak sempat sangat nak mengadap blog plus plus mengantok.

 Eh koranggg  jom join adaa free gift and review blog by cik yanie okei!

Selasa, 23 Februari 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.


Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.