Jumaat, 16 Disember 2016

Melukis Kurangkan Stress

Jam menunjukkan pukul 1.26 pagi. 
Dah kenapa la tetiba mood melukis ni datang time camni. haha. Mungkin disebabkan kuliah akhir fizik moden cancel esok. Tak dapat hilangkan mood rajin. 
Ni hasil lukisan yang tak seberapa je. Ramai lagi expert lagi kat luar tu. 

Selalu suka melukis based on gambar dari google je. Tapi cari gambar yang mudah-mudah je sebab senang nak ikut. 

Selalunya bila dapat lukis sesuatu even gambar kartun kucing, memang hilang kejap stress.

Dan apa yang ikin perasan bila kita melukis kita dapat develop focus skill kita. Sebab bila melukis kita akan fokus pada setiap detail garisan or titik or apa-apa la dekat reference picture so that kita dapat hasil macam gambar asal even tak 100% sama.

 Macam ikin lukis ni ada la kot 60% sama, hahahaha wekkk. 


Ni lukisan mula-mula
Ni dah edit. tambah bagi besar sikit kelopak mata tu,
Dan ini reference picture kat google. Kay tahu lagi cantik. haha

Thanks sudi baca :) :)

Ahad, 11 Disember 2016

Shopping, Join Segmen & Gift

Hai semua,

Dah lama nya lahai tak update blog. Keja berlambak ja tapi otak tengah tepu ni. Kita take 5 breaks jap laaa. Sambil-sambil tu usha blog. Sebenarnya dah dekat sebulan lebih dah shikin dah start bisnes dropship. Tapi tak sempat nak upload setiap hari. Tapi macammanapun alhamdulillah setakat ni adalah 5-6 customer ada tanya mengenai produk. Harapnya lebih berkembang lah selepas ni. InshaALLAH. 

Dropship yang shikin buat ni more targeting on student, means harga yang dijual sangatlah murah termasuk postage. Jadi pada korang-korang yang bukan students tu memang big chance lah kan. Boleh tengok2 dulu ok

igshop: kikin_clothing

FB Page: Kikin_clothing

p/s: next month nak bagi gift pulak lah. watch out anyone yang bertuah. Jangan lupa join segmen kay!

Ahad, 4 Disember 2016

Pernah dengar Pulau Spartly?


Semenjak dua menjak ni asyik terbaca pasal world latest news. Yela dah masuk umur 20++ ni haruslah tau update semasa. Ramai yang dah cakap kuasa dunia sekarang adalah China bukan lagi Amerika Syarikat. Tapi kalau tanya org ramai kebanyakan nya akan jawab USA adalah kuasa dunia terbesar. Kalau kita perasan, ekonomi dunia sekarang telah didominasi oleh negara China dan terbaru China telah menubuhkan pengkalan tentera di sebuah pulau-Pulau Spartly.

Copy dari FB Azahar Zanudin:

Pembinaan pengkalan tentera China di Pulau Spartly. China dan Russia bersedia untuk berperang dengan USA-NATO-ISRAEL.
7 kubu besar dan 1 landasan kapalterbang dibina di pulau Spratly. Jika USA memulakan serangan China akan bertindakbalas memulakan serangan di selatan ke atas semua pengkalan USA di rantau Asia Pasifik hingga ke Guam. Russia akan memulakan serangan ke atas Poland UK Belanda Australia dan Israel. Terakhir sekali Russia China Korea Utara dan Iran akan menyerang USA melalui laluan dari Kanada.
Punca China merampas pulau Spratly disebabkan perbalahan dan ugutan USA kepada China. USA mengugut China disebabkan :
1- Penubuhan bank BRICs dan AIIB asia investment bank berpengkalan di Shanghai China memberi pinjaman kepada negara ahli BRICs dengan kadar faedah paling rendah. Ini akan menyebabkan Bank dunia dan IMF jatuh bangkrup tiada negara membangun lagi mahu meminjam dengan bank yang di kawal oleh USA dan Israel.
2- Pelaburan China $100 billion dalam projek BRICs pembinaan infrasuktur Eurasian dari Moscow ke Vladirostok. BRICs mewakili 56% pengeluaran ekonomi dunia dan menyumbang 85% daripada penduduk dunia. China dan Russia akan mengawal 70% rizab pertukaran wang asing dunia. USA dan Israel akan kehilangan peranan dan menuju bangkrupsi.
3- Pembinaan The Slik Road China-Mongolia-Russia-Belarus-Poland-German. Ini menyebabkan kuasa ekonomi China dan Russia bertambah kuat.
4-Pembinaan lautan maritime Slik Road (MSR) China-Teluk Parsi-laut Mediterranean melalui Asia tengah dan laut Hindi. Apabila siap ia akan menghubungkan 3 benua Asia Eropah dan Afrika. USA dan Israel akan hilang penguasaan ekonomi terhadap 3 benua ini.
5- Dendam China kepada USA merompak jongkong emas milik China bernilai $8 billion dan membunuh rakyatnya dari pesawat MH370 Malaysia. China tidak akan membayar balik hutang pada USA $10 trillion. USA dan Israel ini lintah darat dan perompak, hidup atas wang haram memeras ugut negara lain.
6-USA dan Israel akan bangkrupsi menjelang 2017 Usd akan bertambah lemah dan tidak diguna pakai lagi sebagai tukaran wang asing untuk tujuan perniagaan.
Tindakan China :
1-Merampas pulau Spratly untuk dijadikan pengkalan tentera China untuk menjamin keselamatan negara China jika di serang sekutu USA.
2-Zon Larangan terbang bagi jet tentera sekutu USA. Kapal perang tidak dibenarkan lalu di laut China selatan radius 1,000km dari pulau Spratly. Hanya kapal dagang sahaja dibenarkan lalu di laut China Selatan. China akan pastikan semua kapal dagang negara yang menyertai BRICs selamat dari sebarang ancaman lanun atau terrorists yang dicipta oleh sekutu USA dan Israel menganggu urusan ekonomi negara ahli BRICs.
3-Pembinaan pengkalan tentera China di pulau Spratly ini juga menghalang USA membina pengkalan tentera USA untuk mengawal Asia Pasifik. Ini adalah kerana semua tindakan USA menyakitkan hati negara China dan negara jiran yang lain. USA akan mengintip dan cuba mengawal Asia Pasifik dengan kapal selam, pesawat P8 Poseidon, pesawat E2D, Railgun electromagnet, laser dan sebagainya.
4- Gambar dibawah menunjukkan jet pejuang China menghalau kapal perang USA. Mereka melepaskan suar tanda amaran keluar dari zon pulau Spratly. Kapal selam anti radar juga berada dibelakang Crafcareer USA bersedia untuk tembak. Kapal perang USA gagal mengesan kapal selam nuklear China kerana kapal selam tersebut dipasang peralatan jammer dan anti radar. China dan Russia sudah bersedia untuk musnahkan USA dan sekutunya pada bila-bila masa bermula dari sekarang...



p/s: Dah daftar mengundi ke?

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.