Part Time Job With RedONE

| Selasa, 8 September 2015 | |
Assalamualaikum,

Hari ni tetiba rasa nak update pasal kerja *temporary work. Sebab masih takhta student lagi. Belum kerja tetap. Sementara nak tunggu panggilan degree why not kerja part time dulu ke kan?

Kerja yang Ikin buat sekarang adalah kerja customer service di premier shop Redone. Boleh click kat Redone tu untuk view official page Redone. Sebuah telco yang network partner jugak dengan celcom. Dah dekat 5 tahun dah Redone kat Malaysia. Redone ni ada pro & kontra jugak lah nak dibandingkan dengan telco-telco lain. Pakej nya pun murah rm8 ja sebulan. Kalau user yang call je memanjang memang untung la sebab Redone user to Redone user percuma. Call unlimited. Cakap lama mana pun tiada caj which unlimited call & no limit minutes at all. Haa, mesti korang nak cakap tak ramai yang pakai Redone nowadays.

Ni la premier shop Redone di Kulim Hi-Tech Park


Pakej redONE. Kat bawah tu ada contact kalau korang berminat nak daftar.
And kat bawah tu ada alamat kedai sekali.
If korang nak call operator lain, Redone ada bagi 53 MINIT call percuma ke operator lain bagi setiap bulan which mean 53 minit dalam rm8 tu jugak laa. Selama 7 bulan involve dengan dunia telecommunication ni macam-macam jugak la tahu. Tapi serius talk, kalau pakcik2 makcik2 yang jarang guna fon tapi still kena topup tiap minggu just untuk aktifkan fon patut sangat bertukar ke Redone. Sebabnya rm8 untuk 30 hari pengaktifan. Tak perlu topup untuk aktifkan fon. Sebabnya sepanjang kerja, ada pakcik ni kredit sampai beratus-ratus dalam fon tak guna. Topup tapi tak guna. Cuma nak aktifkan fon je. Kan rugi kat situ. Selalu customer pakcik2 ni Ikin akan recommend pakai Redone. Jimat lah.

Haa. Ni lagi detail buat yang tak berapa clear even dah baca pamplet kat atas tu.
Memang tak dinafikan pakej internet Redone boleh dikatakan lebih kurang sama ja dengan telco lain. Ikin selalu subscribe 1gb+ rm30 untuk sebulan. Not bad sebab data Redone unlimited. Faham tak?

Ok. Kalau guna habis quota 1gb tapi still on data tiada caj tambahan atau caj PPU (pay per use) Cuma rate internet tu slow tapi whatapps twitter wechat still boleh on macam biasa. Mungkin facebook youtube loading sikit. Ni bukan reka cerita tapi Ikin dah pakai dah buat eksperimen dah pun. Hewhew

Paling obvious customer yang dah pakai satu family. Satu family 5-6 line dalam satu akaun dan bil bulanan mereka hanya rm100-rm150 ja kalau sekali internet la kan. Kalau tak ambik internet 5 line x rm8 = rm40 sebulan. Jimat tak? Jimat sangat. Tapi macam Ikin cakap tadi telco ni mesti ada pro & kontra kan, ada baik ada buruk tapi tak salah nak cuba dulu kan.


Kerja customer service ni nampak je mudah tapi stress jugak oii. Sekali dapat customer yang memang sedih (annoying), apa yang mampu hanya senyum. Yela, customer always right kan? Ada ja pernah customer mengamuk siap nak pukul segala, Ikin biar ja anak bos yang settlekan. Kalau tak boleh jugak, biar polisi settlekan. Yang tak sabar-sabar pun ada. Tak pandai nak tunggu turn. Eh, pandai sebenarnya tapi taknak ikut peraturan. “Eh tau tak ramai lagi kitorang nak serve? Bukan awak je”, hmm cakap dalam hati je la yang mampu. Selalu orang cakap hati mau sado.

Tapi tak semua customer macam tu, actually seronok kerja as customer service bila customer tu give & take, tahu yang kerja customer service ni dilakukan oleh manusia biasa dengan bantuan sistem. Eh saintifik pulak ayat nye kan. Ada ja case sampai berhari-hari baru dapat settle, take time selama tu bukanlah sebab kami tidak buat kerja tapi kami perlu kan proses untuk servis buat anda.

Ada jugak yang dah habis explain tapi masih tanya dan tanya. Ikin paham yang Redone ni masih baru berbanding telco lain, so Ikin dengan sabar nya mengulang & mengulang explaination tu sampai lenguh. Hihi

Im not saying this job not good or very good at all. Sekadar cari & kutip pengalaman.

Waktu kerja
Apa-apa pun, Ikin dapat banyak ilmu pasal telco, data, handphone, how to serve customer, how to give best explaination to people & how chinese manage their bussiness.

Ikin dah nak stop kerja Redone sebab fokus study dan Shaklee. Kutip pengalaman apa sahaja asalkan tidak lupa kewajipan kita pada ALLAH kan.


Terima kasih sudi baca entri yang panjang lebar ni *wink wink
edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama
Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AWESOME BLOGGER

MY PAGE VIEWS

Search

Blog Archive

Labels

Allah Muhammad

BLOGLIST

Menu Tab


Daisypath Graduation tickers



MIOW MIOW

Jangan lupa tinggalkan jejak korang di shoutbox!

Popular Posts

Pages

Follow on Facebook

© Design 1/2 a px. · 2015 · Pattern Template by Simzu · © Content Shikin Shamsudin