Abah 66 Tahun
|
Jumaat, 4 September 2015
|
Abah
|
Assalamualaikum,
“Selamat Hari Lahir, Abah”
![]() |
Sebenarnya
hari lahir Abah semalam,3 September. Tapi baru hari ni nak update kat blog.
Genap umur abah 66 tahun. Semoga abah sentiasa dalam keadaan sihat dan diredhai
Allah swt.
Dan
paling penting abah adalah seorang ayah sangat kuat tanpa isteri di sisi, Ujian
yang abah h adapi sangat kuat dan alhamdulillah abah & kita semua dapat
tempuhinya.
Abah
sentiasa nak tengok kejayaan anak abah sebab abah dah terbiasa hidup susah.
Abah percaya rezeki Allah sentiasa ada.
Dan anak bongsu abah ni dah mula pandai berdikari.
Abah percaya rezeki Allah sentiasa ada.
Dan anak bongsu abah ni dah mula pandai berdikari.
![]() |
Garang macam cik helang. Hehe |
Biar
susah sekarang asalkan senang kemudian.Hidup ibarat roda.
Sekejap di atas
sekejap di bawah.
Dulu
kami adik-beradik kurang rapat dengan abah sebab ada arwah mak. Tapi bila mak
dah tak ada, kami 6 beradik jadi rapat sangat dengan abah.
Ada hikmahnya di sebalik semua ni.
![]() |
Abah berselfie di Makam Mahsuri |
Allah
nak bagi kita sebuah kekuatan yang tak semua orang pernah ada.
Apa yang penting abah happy & sentiasa senyum.
INSYAALLAH *senyum
Apa yang penting abah happy & sentiasa senyum.
INSYAALLAH *senyum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan