Fakta Si Miow

| Ahad, 2 Ogos 2015


 Hello! Hello!


Sapa sini suka kucing?

Tetiba rasa nak sangat share fakta pasal si bulus miow ni.


Jom tengok 41 fakta si bulus ni,memang banyak yang kita tak tahu sebenarnya.

Credit to : Pet Lover
  1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia
  2. Kucing memiliki 230 tulang, iaitu 24 kali lebih banyak dari manusia
  3. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan
  4. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia 20 khz
  5. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh)
  6. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan penuh, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang dikenali sebagai tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina.
  7. Pandangan kucing melangkaui185 darjah
  8. Kucing memiliki indera bau 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta
  9. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per minit 
  10. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per minit
  11. Suhu tubuh kucing normal 102 °F atau 38.8 °C
  12. Kucing kampung dapat lari dengan kepantasan 31 mile per jam
  13. Kucing memiliki system saraf yang sangat sensitif.
  14. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.
  15. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan  ada dua kucing yang memiliki bentuk hidung yang sama
  16. Kucing merespon panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki, mungkin kerana suara wanita memiliki pitching yang lebih tinggi
  17. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing
  18. Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita.
  19.  Rata-rata umur kucing 15-16 tahun.
  20. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulakan dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun berarti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun,iaitu setara dengan umur 32 tahun pada orang.
  21. Kucing memiliki daya bau yang sangat baik. Ini sebab mengapa kucing tidak akan menggunakan kotak sampah kotor. Dan mereka juga memiliki pendengaran yang baik.
  22. Kucing benci bau perfume. Mereka juga membenci bau jeruk dan limau.
  23. Seekor kucing mengetahui perubahan dalam suasana hati Anda, dan kadang-kadang itu akan mempengaruhi kucing Anda.
  24. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata “Meong”. Dalam bahasa Inggeris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan “Meow”. Di negara Inggeris sendiri, suara kucing ditulis “Miaow”. Kalau bahasa Jepun sering ditulis dengan kata “Nya”.
  25. Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Kucing selalu merawat diri dengan menjilat rambut mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat. tapi dapat memicu alergik pada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya.
  26. Kucing dapat menyimpan tenaga dengan cara tidur lebih berbanding haiwan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12 – 16 jam per hari, dengan angka rata-rata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
  27. Pintu khusus kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah, ditemukan pertama kali oleh Sir Isaac Newton (penemu hukum gravitasi).
  28. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangaan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.
  29. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang tertelan.
  30. Kucing yang sihat mempunyai suhu tubuh 38°C – 39.5°C.
  31. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.
  32. Rata-rata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.
  33. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahawa kucing dalam keadaan nyaman. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih kuat ketika stress atau kesakitan
  34. Semua kucing memerlukan taurine dalam makanan untuk mencegah buta. Kucing makan lemak dalam makanan kerana tidak dapat menghasilkan lemak sendiri.
  35. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia petanda anda menyukai dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.
  36. Rata-rata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup didalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.
  37. Rata-rata waktu tidur kucing sekitar 16 jam
  38. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.
  39. Kucing dewasa mempunyai 30 buah gigi, 16 buah di rahang atas dan 14 buah di rahang bawah.
  40. Ada sekitar 9600 helai rambut tiap cm2 kulit bahagian atas dan sekitar 19200 helai rambut tiap cm2 kulit bahagian bawah.
  41. Lidah kucing tidak dapat merasa kerana kurangnya sensor saraf rasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor saraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 sensor. Nafsu makan kucing terutama dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan.

Seiously, suka sangat si bulus warna ni tapi belum jumpa lagi benih warna camni



p/s:  sedih &simpati tengok haiwan terutamanya kucing yang terbiar,yang kena langgar,yang kena buang, Kalau nak buang sekalipun, buang la di tempat yang memang ada makanan untuk dia bukan di hutan bukan di tepi jalan.

Sedangkan Rasulullah SAW pun cintakan kucing. Mueeza (nama kucing kesayangan Nabi Muhammad)





Sedikit kisah Mueeza:

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.
Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di letak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa  kehilangan sekiranya ditinggalkan oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.




Rindu Si Comel Amey 



















Hehe, dah habis baca. Xie xie dari Cik Miow 

edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama
Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AWESOME BLOGGER

MY PAGE VIEWS

Search

Blog Archive

Labels

Allah Muhammad

BLOGLIST

Menu Tab


Daisypath Graduation tickers



MIOW MIOW

Jangan lupa tinggalkan jejak korang di shoutbox!

Popular Posts

Pages

Follow on Facebook

© Design 1/2 a px. · 2015 · Pattern Template by Simzu · © Content Shikin Shamsudin