Si Hitam Manis
|
Isnin, 18 April 2016
|
kulit
|
Assalamualaikum
Terjumpa satu post ni kat facebook, bila baca terasa post ni ditujukan pada kita pulak. Kena pulak shikin memang ikut kulit Abah sebab kulit mak memang putih melepak. Kadang-kadang tu down jugak tapi bersyukur je dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Say Alhamdulillah. Since banyak lagi perkara yang kita nak kejar dalam hidup dan masa depan instead mengejar kecantikan luaran sahaja.
"Kenapa gelap je kulit ni?
Tak guna Qu puteh ke?Tanya seorang makcik.
Di tengok kulit di tangan dan di muka.
Takpelah makcik, saya memang menurun ayah saya. Ayah saya kulitnya gelap. Tapi adik saya semua kulit cerah-cerah.Terangkat kening makcik..
Sekarang ni semua bolehlah, pakailah produk memutihkan muka ke apa ke, kang tak kahwin kang. Dahla selalu buat kerja dekat tengah panas.
Terasa down sekejap.Takpelah, kahwin ke tak belakang kira, ada jodoh, adalah tu dengan manusia. saya kulit gelap ni sebab keturunan satu hal, satu lagi, sebab saya kerja. Jadi gelaplah kulit saya. Makcik tu mahu menyampuk, lalu sempat saya membalas kembali.Lagipun, kalau semua nak kulit putih, siapa yang nak kulit gelap? Adik beradik saya semua kulit cerah. Biarlah saya menurun kulit Ayah saya. Saya bangga dengan kulit gelap ni. Maka makcik terdiam. Saya pula hanya mampu senyum.
Ramai yang menyangka, apabila putih maknanya cantik, sehinggakan mereka menidakkan mereka yang berkulit gelap. Eh, kulit gelap ni hitam manis tau. Comel jugak. Hihi"
Thanks for reading this entry
edit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan