Ibu Dunia & Akhirat

| Ahad, 26 Julai 2015




IBU! Semua insan memiliki seorang ibu bukan? Semestinya... Ibu adalah insan pertama kita kenal dalam hidup kita sebelum kita mengenali liku-liku kehidupan di atas muka bumi ini . Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:




 Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”





 Pada 5 April 2013, jam 8.30 malam, ibu kandung ku telah kembali ke rahmatullah.Satu kenyataan pahit yang mesti aku terima bahawa pada usiaku 19 tahun aku sudah bergelar anak yatim. Siapa sangka bukan? . Itu semua qada’ dan qadar dan ketentuan Allah s.w.t dan ini semua adalah ujian daripadaNya agar aku menjadi hambanya yang kuat dan tabah. Pemergian ibuku seolah-olah satu mimpi pada aku. Masih terbayang-bayang saat ibu ku di sisi ku. Baik buruk ku ibu ku tetap mendukung aku. Kini tiada lagi suara comel nya yang sentiasa berleter sambil menjalankan tugas nya sebagai suri rumah. Ya! Seorang ibu yang sangat hebat dalam dunia. Tiada ibu sehebat ibu ku bagi aku. Siapa sangka penyakit yang bermula di tapak kaki boleh mengancam nyawa.Astaghfirullahalazim!!





Dari sekecil-kecil luka yang disangka luka biasa sebenarnya adalah KANSER yang sangat bahaya.Sering bermain difikiranku mengapa ibuku yang harus menanggung , mengapa tidak orang lain.. namun aku perlu sedar bahawa ini adalah ketentuan Allah.





 Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)






 Kita hanya hambaNya, hanya berusaha sehabis mungkin tapi Allah yang menentukan segalanya.. anak mana yang tidak menyayangi ibunya. Sama seperti aku juga. Menginginkan kejayaanku dikongsi ibuku namun tidak kesampaian. Walau apa pun jua , aku berharap agar Allah memakbulkan doa arwah ibuku yang ingin aku menjadi seorang guru. Aku akan berusaha agar hasrat ibuku tercapai. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t..Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibuku semasa hidupnya dan ditempatkan rohnya ditempat orang-orang yang beriman.amiiinn … AL-FATIHAH..



edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama
Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AWESOME BLOGGER

MY PAGE VIEWS

Search

Blog Archive

Labels

Allah Muhammad

BLOGLIST

Menu Tab


Daisypath Graduation tickers



MIOW MIOW

Jangan lupa tinggalkan jejak korang di shoutbox!

Popular Posts

Pages

Follow on Facebook

© Design 1/2 a px. · 2015 · Pattern Template by Simzu · © Content Shikin Shamsudin