Dollah Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016
|
Sabtu, 26 Mac 2016
|
PABM2016
|
Assalamualaikum
300 orang pelajar UPM bersama Pusat kokurikulum UPM telah menghadiri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 di PICC (Putrajaya International Convention Centre) pada malam semalam iaitu 25/3/16. Pertama kali juga dapat ke PICC sebab sebelum ini kalau pergi Putrajaya pun selalu pergi lepak Dataran dan jambatan yang warna warni tu, nama penuhnya Jambatan Seri Wawasan. *penulisan kena baku baru sesuai dengan tajuk. hehe
Sumber : Google |
Bangga apabila Bahasa Melayu dituturkan oleh pelajar dari luar dan mereka berusaha keras untuk menuturkan Bahasa Melayu dengan baik. Antara negara yang terlibat adalah China, Jepun, Iraq, Thailand, Kemboja, Amerika dan Tanzania.
Dollah (Baju putih) Nasear (Merah) Anas ( Biru) Sumber : Google |
Hatsune Yanai dari Jepun
Sumber : Suara TV
Senarai Peserta:
- Abdalla Hassan Gharib, Unimas, Tanzania
- Hatsune Yanai, Jepun
- Muhamad Haziq Jamaludin, UiTM, Malaysia
- Wang Jialu Aleeya, China
- Megan Rose Donelly, Amerika
- Irfan Muhamad Fairus, Malaysia
- Mohamad Sa'mae ,Thailand
- Nasear Slayman, Kemboja
- Anas Mohamad Husain Kassim, Iraq
Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori iaitu Kategori Alam Melayu, Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Kategori Antarabangsa. Dollah iaitu Abdalla Hassan Gharib dari Tanzania yang mewakili Unimas telah menjuarai kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Hatsune Yanai dari Jepun telah menjuarai Kategori Antarabangsa. Untuk kategori Alam Melayu pula dijuarai oleh Muhamad Haziq Jamaludin dari UiTM.
Ucapan dari Perdana Menteri |
Persembahan Selingan |
Nyanyian lagu 1 Malaysia sebelum tamat |
Pemandangan Putrajaya dari PICC |
Terima Kasih Sudi Singgah ! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan